Cari:
Malaysia Membeli Kereta Api Kelajuan Tinggi China
2014-11-27 14:01:14 CRI Cetak

Syarikat Kereta Api Changchun di bawah Perbadanan CNR China menandatangani kontrak pengeksportan 6 kereta api dengan Express Rail Link (ERL), pengendali perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin. Kereta api yang masing-masing mempunyai 4 gerabak itu merupakan kereta api yang berkelajuan 160 kilometer sejam buatan China pertama kali dieksport ke negara lain. Kereta api pertama dijangka diserahkan kepada pihak Malaysia pada bulan Mei tahun 2016.

Menurut maklumat, kereta api tersebut akan digunakan dalam laluan transit ringan sepanjang 57 kilometer yang menghubungkan pusat bandar KL dengan Lapangan Terbang Antarabangsa kedua di Kuala Lumpur, iaitu laluan transit khas KLIA2. Kapasiti muatan penumpang kereta api itu mencatat 540 orang. Dulunya lapangan terbang AirAsia berpisah dengan KILA untuk mengurangkan jumlah penumpang di KILA pada waktu puncak. Namun, sekarang lapangan terbang AirAsia berpindah ke KLIA2 yang baharu sipa dibina yang berhampiran dengan KLIA, dan menyebabkan lebih ramai penumbang menuju ke satu hala. Ini memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada mesti dinaiktaraf dan diganti dengan yang baharu.

Sekarang kelajuan kereta api ekspres di China mencapai 500 kilometer sejam, dan beroperasi purata dengan kelajuan 300 kilometer sejam ke atas, jadi kereta api yang berkelajuan 160 kilometer sejam jarang digunakan lagi. Sebaliknya, kereta api jenis ini lebih menepati keperluan laluan transit ringan di Malaysia. Dengan kelajuan 160 kilometer sejam, masa perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur ke lapangan terbang tidak sampai setengah jam.

Malaysia memilih kereta api kelajuan tinggi buatan China kerana pertama, China mempunyai pengalaman pengelolaan kereta api ekspres dengan jarak yang paling panjang di dunia, harga kereta api itu rendah tetapi mutunya boleh dipercayai. Selain itu, ini bukan kali pertama bagi Malaysia membeli kemudahan pengangkutan rel China, Syarikat CNR dan CSR China pernah banyak kali berjaya memperoleh tender untuk melaksanakan projek kereta api ekspres, transit aliran ringan(LRT) dan kereta api bawah tanah di Malaysia. Antara projek yang sudah siap dibina dan beroperasi telah mendapat respons yang baik. Dan kedua , kebanyakan infrastruktur pengangkutan Malaysia seperti LRT dan KTM Komuter dibina sebelum tahun 1998, dan sekarang perlu diganti dengan yang baharu. Selain itu, hubungan China-Malaysia sekarang berada dalam tempoh yang paling baik dalam sejarah, tambahkan pula tahun ini ialah ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam majlis penandatanganan kontrak itu berkata, pengeksportan kereta api tersebut merupakan hasil yang dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China pada penghujung bulan Mei lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China