Cari:
China, ASEAN Berusaha Hapuskan Halangan Bukan Tarif dalam Kerjasama Pertanian
2014-12-01 12:57:01 CRI Cetak

Pameran Perdagangan Pertanian Moden China-ASEAN ke-7 diadakan di Tianyang, bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 28 hingga 30 November lalu. Pameran kali ini menarik kehadiran Konsul Jeneral Vietnam, Thailand dan Kemboja ke Nanning, yang membawa cadangan konkrit mengenai kaedah memperkasakan kerjasama pertanian antara China dengan ASEAN.

Konsul Jeneral Vietnam ke Nanning, Pham Thanh Binh menyatakan bahawa kerjasama pertanian China-ASEAN yang kini dinaiktarafkan seharusnya menghapuskan halangan bukan tarif. Kedua-dua pihak sepatutnya meningkatkan kerjasama dalam pemeriksaan dan kuarantin serta pembinaan kesalinghubungan. Beliau mengimbas kembali hasil kerjasama yang memberangsangkan antara Vietnam dengan China dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. China sentiasa pasaran pengimport beras terbesar bagi Vietnam, manakala Vietnam adalah pasaran pembekal buah-buahan seperti tembikai, longan dan laici bagi China.

Walau bagaimanapun, pada masa sekarang, wujudnya sedikit sebanyak masalah dalam kegiatan perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua negara ini, khususnya prosedur pelepasan kastam yang agak rumit serta peraturan pemeriksaan dan kuarantin yang tidak seragam.

Selain kedua-dua masalah tersebut, pengangkutan merupakan satu lagi halangan bukan tarif bagi China dan ASEAN. Konsul Jeneral Thailand ke Nanning, Patchanee Kithavorn menyatakan, kegiatan perdagangan hasil pertanian antara China dengan Thailand menyaksikan pertumbuhan yang pesat semenjak pelaksanaan "Program Tuaian Awal", iaitu program penurunan tarif di bawah rangka Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang dilancarkan 10 tahun lalu. Statistik Kastam Thai menunjukkan, jumlah perdagangan hasil pertanian China-Thailand bagi tahun 2003 hanya mencatat USD 1.47 bilion, manakala jumlah itu bagi tahun 2013 meningkat kepada USD 10.94 bilion, iaitu bertambah 6.4 kali ganda. Pada masa ini, kemudahan pengangkutan darat dari Bangkok ke China kurang maju. Jika projek kereta api berkelajuan tinggi Bangkok-Kunming dijayakan, jumlah perdagangan berkenaan pasti akan diwujudkan satu lonjakan yang besar.

Dalam pada itu, Konsul Jeneral Kemboja ke Nanning, Im Sophy juga menyuarakan harapan agar negaranya meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang sains dan teknologi pertanian. Negara itu menanti-nantikan China menawarkan lebih banyak program latihan sains dan teknologi pertanian kepada pekerja-pekerja Kemboja serta biasiswa untuk pelajar Kemboja yang menuntut ilmu pertanian di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China