Cari:
China, ASEAN Fokuskan Kerjasama Kesalinghubungan
2014-12-02 12:25:33 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Pengangkutan China-ASEAN ke-13 dirasmikan di Mandalay, Myanmar minggu lepas. Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat itu berkata, China mengusulkan membina Koridor Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dengan usaha bersama negara-negara jiran termasuk ASEAN. Ini merupakan satu wadah pembangunan yang bersifat inklusif bagi menyeragamkan ekonomi China yang bertumbuh pesat dengan kepentingan negara-negara di sepanjang laluan berkenaan. Dalam sesi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang baru berakhir di Beijing, China menawarkan pakej pembangunan yang menyasarkan keseragaman serantau, termasuk menyumbang USD 40 bilion untuk menubuhkan Tabung Laluan Sutera serta membina Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), menawarkan pinjaman utama sebanyak USD 10 bilion kepada negara-negera ASEAN, melancarkan kempen dermaan fasa kedua yang berjumlah USD 3 bilion untuk Tabung Kerjasama dan Pelaburan China-ASEAN, serta pinjaman khas berjumlah USD 10 bilion untuk pembangunan infrastruktur China-ASEAN. Kesemua langkah praktikal tersebut dianggap sebagai jaminan modal yang stabil bagi menjayakan kerjasama kesalinghubungan serantau. Negara-negara yang terbabit sepatutnya menyelaraskan strategi pembangunan masing-masing, mencari titik temu untuk kepentingan bersama demi matlamat Komuniti Berkongsi Nasib Bersama.

Yang menganggap, kegiatan perdagangan maritim adalah bahagian yang paling dinamik dalam kerjasama perdagangan bilateral China-ASEAN. Kedua-dua pihak harus menaiktarafkan kerjasama yang sudah wujud ini ke satu tahap yang lebih tinggi, iaitu mempermudah pengangkutan darat dan laut, menyempurnakan kemudahan pelaburan, menambah perkhidmatan laluan laut, meningkatkan kerjasama logistik, sekali gus memelihara keselamatan pelayaran dan memperkasakan kerajsama dalam operasi mencari dan menyelamat. Oleh itu, China dan ASEAN menetapkan tahun depan sebagai Tahun Kerjasama Maritim bagi menjayakan kerjasama pragmatik sehingga membawa masuk kandungan yang baharu ke dalam Laluan Sutera Maritim.

Para hadirin mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk memacu pelaksanaan projek-projek kemudahan awam yang melibatkan landasan kereta api, jalan raya, laluan laut dan udara sehingga mewujudkan jaringan pengangkutan yang cekap dan bersepadu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China