Cari:
Joko Widodo Tuntut Jamuan Mewah Dibatalkan
2014-12-03 13:03:49 CRI Cetak

Baru-baru ini, Presiden Indonesia baharu, Joko Widodo mengeluakan langkah baharu bagi perbelanjaan berhemah, iaitu menuntut jamuan anjuran pihak rasmi tidak dihidangkan masakan asing yang mahal, sebaliknya diganti dengan makanan ringan tempatan di samping menuntut pegawai kanan tidak mengadakan jamuan mewah. Peraturan ini mula dilaksanakan pada 1 Disember lalu. Berita ini telah dikesahkan oleh Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi (PANRB), Yuddy Chrisnandi baru-baru ini.

Menurut Yuddy, makanan ringan tersebut termasuk ubi kentang kukus, jagung kukus dan kuih keladi. Selain itu, bilangan peserta dalam jamuan yang diadakan pegawai kanan tidak boleh melebihi 400 orang. Peraturan tersebut perlu dipatuhi semua jabatan dan pejabat kerajaan. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan disiplin termasuk penurunan pangkat atau bonus tergantung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China