Cari:
Permohonan Serah Siasatan MH17 kepada PBB Ditolak
2014-12-11 13:56:37 CRI Cetak

Utusan Online Malaysia melaporkan, kerajaan Belanda semalam menolak cadangan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 untuk menyerahkan siasatan nahas tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Satu permohonan melantik seorang utusan khas PBB untuk mengambil alih siasatan tersebut dihantar pada Jumaat lepas oleh sebuah firma guaman mewakili 20 keluarga mangsa yang menuduh Belanda gagal memfailkan kes untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kehakiman Belanda, Dick Schoof berkata, siasatan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dilaksanakan bukan sahaja oleh penyiasat negara ini.

Katanya dalam surat kepada firma guaman tersebut, sebanyak 11 negara terlibat dalam siasatan berkenaan termasuk Malaysia, Rusia dan Ukraine.

Sementara itu, pasukan penyiasat akan cuba mencantumkan semula serpihan pesawat MH17 selepas trak-trak membawanya tiba di Pangkalan Tentera Udara Gilze -Rijen di timur negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China