Cari:
Gagasan Pembangunan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" Bawa Peluang Baharu kepada Malaysia
2014-12-23 14:48:20 CRI Cetak

Baru-baru ini, Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan gagasan yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping mengenai pembangunan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21". Selain itu, akhbar Nanyang Siang Pau juga menyiarkan rencana yang bertajuk "Malaysia dengan peluang daripada Laluan Sutera Maritim Baharu". Rencana itu menganggap bahawa gagasan pembangunan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" akan membawa peluang baharu kepada pembangunan Malaysia.

Menurut rencana itu, gagasan strategik yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping itu merupakan cadangan kerjasama antarabangsa yang penting. Gagasan itu bukan semata-mata untuk membangun semula laluan perdagangan kuno, bahkan mempunyai erti strategik yang menuju ke masa depan yang akan mendatangkan peluang perdagangan kepada rantau Asia-Pasifik termasuk Malaysia sekali gus mempunyai impak yang besar terhadap sektor kewangan, politik, pendidikan dan pertukaran sosiobudaya.

Tan Sri Ong Ka Ting menyatakan bahawa provinsi Fujian China adalah titik tolak laluan sutera maritim pada zaman kuno, antaranya bandar Quanzhou adalah pelabuhan yang paling awal menguruskan perniagaan dengan Asia Tenggara. Manakala Malaysia merupakan tempat strategik dalam laluan sutera maritim itu, hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua tempat itu berkembang terus hingga sekarang. Malaysia tetap merupakan rakan dagang terbesar bagi China di rantau ASEAN dalam tempoh enam tahun berturut-turut, jumlah perdagangan kedua-dua negara mencecah USD 106 bilion pada tahun 2013, merupakan 23.9% daripada jumlah perdagangan China-ASEAN. Ong Ka Ting berharap kedua-dua negara memegang peluang yang baik ini untuk mewujudkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak USD 160 bilion menjelang tahun 2017.

Rencana yang disiarkan Nanyang Siang Pau menganggap bahawa Malaysia seharusnya menghadapi peluang dan cabaran dengan sikap positif dan berusaha mendapat manfaat daripada pembangunan "Kawasan Ekonomi Laluan Sutera" dan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" China.

Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu berusaha memainkan peranan pengerusi bergilir ASEAN dengan baik pada tahun 2015. Sempena pembangunan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" dan ASEAN mewujudkan Komuniti ASEAN, Malaysia sepatutnya menggalakkan ASEAN dan China meningkatkan kepercayaan, menyelaraskan perselisihan di samping memperkasa kerjasama antara China dengan negara ASEAN supaya mewujudkan saling menguntungkan.

Serentak itu, Malaysia juga perlu memberi perhatian terhadap pembangunan "Kawasan Ekonomi Laluan Sutera" untuk meneroka pasaran di kawasan Asia Timur Laut serta kawasan tengah dan barat China.

Selain itu, Malaysia juga perlu menembusi pasaran Asia-Pasifik melalui penerokaan pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China