Cari:
Operasi SAR Pesawat AirAsia Bermula
2014-12-28 15:47:12 CRI Cetak

AirAsia mengesahkan sebuah pesawat milik syarikat itu terputus hubungan dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi tadi. Pesawat berkenaan berlepas dari Surabaya pada pukul 5.35 pagi, dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada pukul 8.30 pagi. Pesawat Airbus 320-200 untuk penerbangan QZ 8501 itu hilang daripada pemantauan radar pada pukul 7.24 pagi.

Sehubungan dengan itu, Indonesia dan Singapura sudah bersiap sedia untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut statistik pada peringkat awal, terdapat seramai 155 orang penumpang dan 7 orang anak kapal termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi, berada dalam pesawat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China