Cari:
Jumlah Perdagangan China-ASEAN Sasar Capai USD 500 Bilion pada 2015
2014-12-30 14:39:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah perdagangan China dan ASEAN meningkat 8.4% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu dari bulan Januari hingga bulan November tahun ini. Jumlah peningkatan itu dijangka akan mencatat USD 500 bilion pada tahun 2015. Untuk mewujudkan matlamat tersebut, kadar pertumbuhan perdagangan dua hala mesti kekal pada tahap lebih 10%.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning dalam Sidang Analisis Hala Tuju Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN yang diadakan di Beijing semalam.

Xu berkata, program Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) merupakan tumpuan baharu dalam kerjasama antara China dengan ASEAN pada tahun 2014. Usaha menaik taraf CAFTA telah pun dilaksanakan berikutan rundingan pusingan pertama antara China dengan ASEAN diadakan pada bulan September lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China