Cari:
Tentera Laut China Hantar Kapal Sertai SAR Pesawat AirAsia
2014-12-30 13:12:57 CRI Cetak

Jurucakap Tentera Laut China, Liang Yang, menyatakan bahawa Tentera Laut China telah menghantar kapal untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.

Berdasarkan maklumat terkini, kapal pengiring peluru berpandu Huangshan yang sedang menjalankan rondaan di kawasan perairan Laut China Selatan telah diberi tugas baharu dan belayar segera ke kawasan perairan yang dijangka pesawat AirAsia itu hilang. Serentak dengan itu, beberapa kapal lain turut membuat persiapan untuk menyertai SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China