Cari:
Tiada Laporan Kecederaan dan Kematian dalam Dua Penerbangan AirAsia
2014-12-31 13:45:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penerbangan dua buah pesawat milik syarikat AirAsia di Filipina dan Thailand pada 30 Disember lalu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian.

Pegawai Jabatan Pengendalian Penerbangan Awam Filipina semalam berkata, sebuah pesawat Airbus A320 milik syarikat Zest Air, AirAsia yang membawa 153 penumpang dan 6 orang anak kapal terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, namun tiada laporan kecederaan dan kematian akibat kemalangan tersebut. Puncanya sedang disiasat.

Menurut akhbar Bangkok Post pula, pesawat FD3254 AirAsia berpatah balik tidak lama kemudian selepas berlepas dari Lapangan Terbang Don Muang Bangkok pada pagi 30 Disember lalu kerana juruterbang terdengar bunyi yang luar biasa dari bahagian bagasi.

Dimaklumkan, selepas pemeriksaan, pesawat A320 tersebut disahkan tidak mengalami sebarang kerosakan dan berlepas semula pada kira-kira satu jam kemudian. Pesawat itu akhirnya tiba di Lapangan Terbang Khon Kaen dengan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China