Cari:
Kebanyakan Mangsa Pesawat AirAsia Adalah Kaum Cina
2014-12-31 14:08:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut akhbar International Daily News Indonesia, antara penumpang pesawat AirAsia QZ8501, 149 orang ialah warga Indonesia, 77 orang dari Surabaya dan 40 orang dari Malang. Kebanyakan mereka adalah kaum Cina yang merancang untuk menyambut Tahun Baharu di Singapura.

Dimaklumkan, sebuah keluarga Indonesia yang mempunyai 10 orang anggota keluarga terselamat dalam nahas kali ini kerana tiba lewat di lapangan terbang. Ketua Pengarah Syarikat Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Banda Udara Surabaya menyatakan bahawa terdapat 23 orang lagi yang bernasib baik terselamat dalam nahas pesawat QZ8501 tersebut kerana tidak menyedari perubahan masa yang dilakukan oleh pihak penerbangan pada hari itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China