Cari:
China, Kemboja Komited Mantapkan Interaksi dan Kerjasama Dua Hala
2014-12-31 18:25:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Negara China, Tang Jiechi di Phnom Penh hari ini.

Dalam pertemuan itu, Yang menyatakan bahawa Sidang ke-2 Jawatankuasa Penyelarasan antara Kerajaan China dengan Kemboja yang diadakan pada 30 Disember lalu telah mencapai hasil yang memuaskan. Kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk mengekalkan interaksi yang erat dalam kalangan peringkat tertinggi dan melaksanakan pertukaran antara parti kedua-dua negara. Kedua-dua negara diharap terus memperluas kerjasama dalam bidang industri, pertanian, sumber tenaga dan pengairan. Selain itu, kerjasama dalam bidang kesejahteraan rakyat juga patut diperkasakan supaya lebih ramai rakyat menikmati hasil kerjasama persahabatan China dan Kemboja.

Hun Sen juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Sidang ke-2 Jawatankuasa Penyelarasan antara Kerajaan China dengan Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China