Cari:
35 Maut Ekoran Ribut Taufan Jangmi di Filipina
2014-12-31 15:06:04 CRI Cetak

Setakat pukul 6.00 pagi tadi, bencana ribut taufan Jangmi yang melanda Filipina telah mengakibatkan sekurang-kurang 35 orang maut, manakala 26 lagi cedera dan lapan orang hilang.

Menurut maklumat Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) hari ini, ribut taufan Jangmi yang melanda pantai timur Pulau Mindanao, selatan Filipina kelmarin telah menyebabkan hujan lebat di kawasan selatan dan tengah negara itu, dan turut mengakibatkan banjir serta runtuhan tanah. Sebanyak 117 buah rumah penduduk runtuh atau tertimbus, dan terdapat laporan mengenai kematian dan kecederaan penduduk di Cebu, Samar, Bohol dan di lembah sungai Compostela.

NDRRMC memaklumkan bahawa lebih 27 ribu keluarga di kawasan Visayas dan sebelah utara Mindanao mengalami bencana itu. Jumlah mangsa mencatat 120 ribu orang, 79 ribu orang daripadanya telah dipindahkan ke pusat bantuan sementara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China