Cari:
Polis Malaysia Selamatkan Pelancong China
2014-12-31 15:07:21 CRI Cetak

Menurut maklumat Konsulat Awam China ke Kuching Malaysia hari ini, polis Malaysia telah menemukan sebuah kapal yang terkandas di kawasan perairan Sabah dan menyelamatkan semua penumpang antaranya termasuk 10 orang pelancong China.

Konsulat Awam China ke Kuching, Liu Quan, menyatakan bahawa beliau telah mendapat maklumat berkenaan daripada pihak polis Malaysia pada subuh tadi dan telah bercakap melalui telefon dengan salah seorang pelancong China yang berada dalam kapal itu. Pada ketika ini semua pelancong China dilaporkan selamat.

Kapal tersebut yang membawa 14 orang termasuk 10 orang pelancong China, seorang pelancong Malaysia dan tiga orang anak kapal terkandas dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kuching ekoran masalah pada enjin kapal itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China