Cari:
Singapura Berperingkat AAA dalam Pengkadaran Kredit
2015-01-01 15:04:14 CRI Cetak

Syarikat Pengkadaran Kredit Global Dagong China memutuskan semalam mengekalkan penarafan terhadap kredit utama mata wang Singapura dan mata wang asing di Singapura pada peringkat AAA dan menganggap prospeknya stabil.

Penganalisis Syarikat Dagong menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai selepas mempertimbangkan pembayaran hutang Singapura yang baik, kemampuan dalam meningkatkan kekayaan, sumber pembayaran yang kukuh dan kemampuan pembayaran yang agak stabil.

Disebabkan keperluan pengimportan rakan pedagang utama termasuk Kesatuan Eropah dan China menjadi kurang dan kos perniagaan meningkat, pelaburan Singapura terus merosot dan sukar menangani situasi buruk itu dalam jangka masa pendek, kadar pertumbuhan ekonomi Singapura pada tahun 2014 dijangka menurun kepada 2.8% daripada 3.9% pada tahun 2013, manakala unjuran pada tahun 2015 akan mencatat 3%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China