Cari:
Kotak Hitam QZ8501 Belum Ditemukan
2015-01-02 13:36:50 CRI Cetak

Sembilan mayat mangsa QZ8501 telah ditemukan setakat petang semalam, manakala lapan mayat daripadanya telah dihantar ke Surabaya. Selain itu, dua mayat mangsa telah dikenal pasti indentitinya.

Demikian didedahkan oleh ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia, Henry Bambang Soelistyo semalam.

Kerja pencarian dan penyelamatan pesawat AirAsia telah masuk hari ke-5. Walaupun cuaca buruk, namun pasukan penyelamat Indonesia masih meneruskan kerja pencarian di kawasan perairan yang berkenaan.

Menurut beliau, 19 buah kapal dan sembilan buah pesawat termasuk kapal dan pesawat dari Malaysia dan Singapura telah mengambil bahagian dalam kerja-kerja pencarian semalam. Antara yang ditemukan termasuklah barang-barang yang dipercayai milik penumpang dan pesawat QZ8501 seperti dua bagasi hitam, satu bagasi kelabu, slaid kecemasan pesawat dan serpihan-serpihan logam.

Pegawai Pasukan Kapal Pencarian dan Penyelamatan Indonesia, Adil ketika diwawancara oleh wartawan semalam menyatakan bahawa 47 orang penyelam skuba daripada Tentera Laut Indonesia menyertai operasi pencarian pesawat AirAsia ini. Setakat ini, kotak hitam pesawat tersebut masih belum ditemukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China