Cari:
16 Mayat Mangsa QZ8501 Ditemukan
2015-01-02 15:40:45 CRI Cetak

Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap pengumpulan sampel DNA mayat manusia dari Biro Am Polis Negara Indonesia, setakat kini, 16 mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemukan dan lapan daripadanya telah dihantar ke Surabaya.

Sebelum ini, ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia, Henry Bambang Soelistyo menyatakan bahawa 19 buah kapal dan sembilan buah pesawat termasuk kapal dan pesawat dari Malaysia dan Singapura telah mengambil bahagian dalam kerja-kerja pencarian semalam. Antara yang ditemukan termasuklah barang-barang yang dipercayai milik penumpang dan pesawat QZ8501 seperti dua bagasi hitam, satu bagasi kelabu, slaid kecemasan pesawat dan serpihan-serpihan logam.

Pegawai Pasukan Kapal Pencarian dan Penyelamatan Indonesia, Adil ketika diwawancara oleh wartawan semalam menyatakan bahawa 47 orang penyelam skuba daripada Tentera Laut Indonesia menyertai operasi pencarian pesawat AirAsia ini. Setakat ini, kotak hitam pesawat tersebut masih belum ditemukan.

Kerja pencarian dan penyelamatan pesawat AirAsia telah masuk hari ke-5. Walaupun cuaca buruk, namun pasukan penyelamat Indonesia masih meneruskan kerja pencarian di kawasan perairan yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China