Cari:
Indonesia: Cuaca Buruk Mungkin Punca Nahas Pesawat AirAsia
2015-01-04 16:29:37 CRI Cetak

Objek besar kelima dipercayai sebahagian daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa dan mayat mangsa ke-31 telah ditemukan pada awal pagi tadi. Disamping itu, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMG) Indonesia mengeluarkan laporan bahawa cuaca buruk mungkin merupakan satu faktor yang mengakibatkan pesawat tersebut terhempas.

Pegawai Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia Bambang Soelistyo berkata demikian dalam sidang media tengah hari ini.

Serpihan kelima yang ditemukan itu sepanjang 9.8 meter dan lebernya 1.1 meter. Kini, 30 buah mayat mangsa telah dihantar ke Surabaya, Indonesia.

Menurut laporan BMG, gejala pembekuan mungkin muncul pada pesawat itu dalam proses penerbangan akibat cuaca buruk dan mengakibatkan kerosakan enjin. Namun, hal ini hanya merupakan salah satu kemungkinan dan bukan keputusan muktamad punca nahas pesawat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China