Cari:
QZ8501: 37 Mayat Mangsa Ditemukan
2015-01-06 11:28:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

37 mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa telah ditemukan oleh pasukan penyelamat setakat semalam. Namun, kotak hitam pesawat berkenaan masih belum dikesan. Dalam pada itu, kerajaan China menghantar kapal penyelamat dan tiga orang pakar penerbangan awam ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah untuk membantu Indonesia mencari kotak hitam pesawat tersebut.

Kapal perang Malaysia semalam menemukan tiga lagi mayat mangsa di kawasan perairan pesawat berkenaan terhempas. Sebelum ini, 34 mayat mangsa telah ditemukan oleh pasukan penyelamat. Pihak polis wilayah Jawa Timur Indonesia dalam sidang media malam tadi menyatakan bahawa 37 mayat mangsa tersebut telah dihantar ke Surabaya. 13 daripada itu telah dikenal pasti identiti mereka dan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing.

Pada hari yang sama, pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata, lima serpihan besar yang telah ditemukan masih perlu disahkan kerana belum diketahui serpihan yang berkenaan daripada bahagian pesawat yang mana.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia mengumumkan keputusan untuk menggantung penerbangan dari Surabaya ke Singapura bagi penerbangan Syarikat AirAsia Indonesia bermula dari 5 Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China