Cari:
Sewa Pejabat di Singapura Dijangka Terus Meningkat
2015-01-06 14:51:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut statistik terkini Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) Singapura, indeks kos sewa pejabat di kawasan utama republik ini meningkat 8.7% dari bulan Januari hingga September 2014, menghampiri kadar peningkatan yang paling tinggi dalam tempoh empat tahun lalu iaitu 12%.

Agensi khidmat pakar runding hartanah global, Savills Plc (SVS) berpendapat, penawaran bangunan pejabat yang bermutu tinggi sangat terhad dalam tempoh dua tahun lalu menyebabkan keperluan banyak syarikat untuk mendapatkan ruang pejabat yang selesa tidak dapat dipenuhi. Hal ini dipercayai akan melonjakkan peningkatan indeks kos sewa sehingga 14% pada tahun ini. Walaupun keperluan ini mungkin akan berkurangan seiring dengan pertumbuhan ekonomi Singapura menjadi perlahan pada masa depan, namun keadaan tersebut dijangka berterusan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China