Cari:
CEO AirAsia Nafi Akui Laluan Surabaya-Singapura Dibekukan
2015-01-08 11:54:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tony Fernandes dalam proklamasi semalam berkata, beliau tidak pernah membuat pengakuan bahawa penerbangan pesawat AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura dibekukan.

Proklamasi tersebut memetik kenyataan Fernandes sebagai berkata, AirAsia Indonesia masih mempunyai hak bagi mengadakan penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Laluan penerbangan tersebut juga diperakukan oleh pihak Indonesia dan Singapura. Pembekuan laluan berkenaan adalah urusan pentadbiran kementerian.

Pada 3 Januari lalu, Kementerian Pengangkutan Indonesia mengumumkan keputusan untuk membekukan semua penerbangan pesawat AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura ekoran penerbangan pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu diadakan tanpa mendapat permit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China