Cari:
Najib Kutuk Serangan Pengganas di Perancis
2015-01-10 15:38:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk keras serangan pengganas di pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di Paris.

Najib dalam kenyataan melalui Twitter berkata, Malaysia mengecam apa-apa juga bentuk keganasan, dan akan sentiasa menyokong rakyat Perancis.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata, serangan tersebut perlu diberi perhatian serius, kerana ancaman sebegini boleh berlaku di mana-mana negara.

Polis Malaysia turut memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara susulan serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China