Cari:
Malaysia, China dan Australia Runding Tambah Kapal Cari Pesawat MH370
2015-01-12 14:27:18 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan Malaysia sedang berunding dengan Australia dan China untuk menambah kapal ke-4 bagi mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Liow Tiong Lai menyatakan bahawa disebabkan operasi mencari di Lautan Hindi menghadapi beberapa kesukaran, maka lebih banyak kapal diperlukan.

Beliau berkata, terdapat tiga kapal sedang menjalankan misi mencari pesawat MH370. Namun, disebabkan kawasan pencarian yang luas, ketiga-tiga negara tersebut memikirkan untuk menambah satu kapal lagi bagi menyertai kerja pencarian di laut dalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China