Cari:
Vietnam Cepatkan Proses Penswastaan Syarikat Pertanian
2015-01-12 14:21:43 CRI Cetak

Menurut Vietnam News, Kementerian Pertanian dan Pembangunan Kawasan Luar Bandar Vietnam baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya akan mempercepat proses penswastaan syarikat pertanian bagi memangkin pembangunan pertanian di negara itu.

Menurut maklumat, antara 13 kumpulan atau syarikat yang ditadbir oleh kementerian tersebut, 7 buah syarikat telah menyelesaikan urusan penyusunan semula sehingga hujung tahun lalu.

Pada tahun ini, Kementerian Pertanian dan Pembangunan Kawasan Luar Bandar Vietnam akan mempercepat proses penswastaan bagi Syarikat Perhutanan Vietnam, Syarikat Getah Geruco Vietnam, Syarikat Mesin Pertanian, Syarikat Makanan Selatan dan Syarikat Kopi Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China