Cari:
Loji Elektrik Terbesar Kemboja Siap Dibina
2015-01-13 15:09:26 CRI Cetak

Upacara Perasmian Loji Hidroelektrik Russei Chrum oleh Syarikat Huadian China telah diadakan di Koh Kong, Kemboja semalam. Upacara ini menandakan projek loji hidroelektrik di aliran hilir Russei Chrum telah siap dibina. Seramai 3000 orang termasuk Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Duta Besar China ke Kemboja, Bu Jianguo, Menteri Tenaga dan Perlombangan Kemboja, Suy Sem menghadiri upacara tersebut.

Hun Sen berkata, jumlah kapasiti loji itu mencatat 338 trilion watt dan merupakan projek janakuasa terbesar di Kemboja. Pembinaan loji itu dapat menyelesaikan masalah penggunaan eletrik yang tidak mencukupi di seluruh Kemboja, termasuk kawasan yang terpencil di negara itu. Selain itu, pembinaan projek itu juga menggalakkan pembinaan infrastuktur dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Beliau menambah, Kemboja menyokong strategi "Zon Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 " yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping dan berharap Kemboja dapat menyertai proses integrasi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China