Cari:
Singapura Tidak Benarkan Kenyataan Menghina Etnik Atau Agama
2015-01-13 15:23:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar merangkap Menteri Kehakiman Singapura, Shunmugam Jayakumar berkabung di Kedutaan Besar Perancis ke Singapura sebagai tanda penghormatan kepada mangsa yang terbunuh dalam serangan keganasan di Paris semalam.

Beliau menyatakan, setiap negara mempunyai konsep yang berbeza tentang "kebebasan bersuara". Singapura tidak membenarkan kenyataan yang dianggap menghina agama atau etnik.

Menurut beliau, Perancis mempunyai "garis bawah" bagi konsep kebebasan bersuara. Namun, selepas serangan keganasan di Paris berlaku, rakyat Perancis perlu menghadapi hakikat dan menentukan semula "garis bawah" itu.

Beliau menambah, sebarang cara untuk menyatakan kebebasan tidak boleh menjadi alasan untuk membunuh. Serangan itu tidak mempunyai kaitan dengan agama, etnik atau negara, sebaliknya merupakan tindakan pengganas yang gila atas nama agama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China