Cari:
Alat CVR QZ8501 Ditemukan
2015-01-13 12:36:30 CRI Cetak

Pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia semalam berjaya mengeluarkan perakam data penerbangan (FDR) pesawat AirAsia QZ8501 dari dasar Laut Jawa. Pasukan penyelam pada masa yang sama sedang berusaha mengeluarkan perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan di tempat kira-kira 20 meter dari alat FDR berkenaan ditemukan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, FDR itu ditemukan di bawah serpihan sayap pesawat tersebut.

Beliau menambah, walaupuan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa akan berundur secara beransur-ansur, namun usaha untuk mengesan serpihan dan mayat mangsa akan diteruskan.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu. Sebanyak 48 mayat mangsa telah ditemukan setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China