Cari:
Malaysia Negara Pertama Dilawati Jokowi
2015-01-14 11:08:42 CRI Cetak

Malaysia menjadi negara pertama yang akan dilawati secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam siri lawatannya ke luar negara setelah dilantik sebagai presiden pada 20 Oktober tahun lalu. Lawatan rasmi Jokowi itu pada 5 hingga 6 Februari depan adalah bagi merapatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, selain membincangkan isu-isu semasa menyentuh kepentingan bersama.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Jokowi akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri-menteri Kabinet sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat termasuk kilang pengeluar kereta nasional, Proton.

Selepas Malaysia, Jokowi akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Brunei

Sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China