Cari:
Penyerahan Ambulans China kepada Kemboja
2015-01-16 16:07:46 CRI Cetak

Majlis penyerahan 200 buah ambulans yang merupakan bantuan China kepada Kemboja telah diadakan di Phnom Penh semalam. Duta Besar China ke Kemboja, Bu Jianguo dan Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bun Heng turut menghadiri majlis tersebut.

Menurut Bu Jianguo, 200 buah ambulans ini akan menaik taraf rawatan kecemasan hospital-hospital di kawasan terpencil Kemboja. Menurut beliau lagi, kerajaan China akan terus memberi bantuan ekonomi dan teknologi kepada Kemboja untuk membangunkan ekonomi dan membasmi kemiskinan.

Mam Bun Heng merakamkan penghargaan kepada kerajaan China. Menurut beliau, 200 buah ambulans ini menandakan sokongan China dan akan diagih ke pelbagai tempat di Kemboja, terutamanya di hopital dan pusat rawatan yang terpencil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China