Cari:
Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Hubungan Diplomatik Vietnam-China di Ho Chi Minh
2015-01-18 16:09:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Aktiviti sambutan ulang tahun ke-65 penjalinan hubungan diplomatik Vietnam-China diadakan di bandar Ho Chi Minh semalam. Seramai lebih 200 wakil dari kedua-dua negara menyertai aktiviti itu.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bandar Ho Chi Minh berkata, penjalinan hubungan diplomatik Vietnam-China pada 18 Januari tahun 1950 merupakan batu tanda yang penting dalam hubungan kedua-dua negara. Bandar Ho Chi Minh telah menjalinkan hubungan kerjasama persahabatan dengan pelbagai provinsi dan bandar China, seperti Guangdong, Guangxi, Shandong, Shanghai dan lain-lain. Kerjasama dan persahabatan Vietnam-China pasti akan mencapai kemajuan yang lebih cemerlang.

Konsul General China ke Ho Chi Minh, Chai Wenrui berkata, hubungan politik kedua-dua negara kian rapat dan mencapai hasil yang cemerlang dalam bidang ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, sains dan teknologi, pendidikan dan lain-lain. China berharap kedua-dua negara mengambil peluang ini menggalakkan hubungan rakan kerjasama strategik kedua-dua negara terus ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China