Cari:
Laporan Warga China Terperangkap Sedang Dikaji
2015-01-19 15:12:20 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Myanmar memberikan perhatian yang serius terhadap laporan media yang menyebut ratusan warga China terperangkap di medan pertempuran di utara Myanmar pada ketika ini dan sedang berusaha mengkaji kebenaran laporan tersebut.

Menurut pegawai Kedutaan Besar China, laporan berkenaan masih belum dapat disahkan benar atau tidak. Pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada keluarga warga China yang dikatakan terperangkap di negara tersebut setakat ini.

Pertempuran antara Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA) dengan tentera kerajaan Myanmar semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, pertempuran tersebut yang hanya tercetus di medan pertempuran sahaja, tidak menjejaskan kehidupan penduduk awam.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China