Cari:
Singapura Intensifkan Usaha Antirasuah
2015-01-19 15:13:26 CRI Cetak

Kerajaan Singapura akan melaksanakan pendekatan bagi mengintensifkan usaha antirasuah, termasuk menubuhkan pusat pelaporan sehenti, menambah staf Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB)dan menyemak semula undang-undang antirasuah. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menghadiri sebuah majlis bertemakan pentadbiran bersih baru-baru ini.

Lee berkata, kes rasuah yang melibatkan pegawai kanan kerajaan Singapura dalam tempoh dua tahun lalu memperlihatkan masalah Singapura dalam usaha membanteras rasuah, sekali gus menjejaskan reputasi negara ini. Berdepan dengan pelbagai cabaran bersifat global termasuk kegiatan jenayah melalui siber, kerajaan Singapura akan menambah jumlah staf CPIB secara berperingkat dengan sasaran tambahan sebanyak 20% daripada 200 orang pada masa kini.

Menurut ranking yang dikemukakan oleh pertubuhan Transparency International yang memantau keadaan rasuah di peringkat global, Singapura menduduki tempat ke-7 dalam ranking pentadbiran bersih pada tahun 2014, menurun dua tempat berbanding dengan tahun sebelumnya. Bagaimanapun, Singapura tetap merupakan negara Asia yang menduduki tempat paling atas dalam ranking tersebut.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China