Cari:
Pesawat QZ8501 Naik pada Kelajuan Lebihi Had Biasa
2015-01-21 12:26:11 CRI Cetak

Pesawat AirAsia QZ8501 didapati naik pada kelajuan melebihi had biasa sebelum terhempas.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan semalam berkata, data radar menunjukkan bahawa pesawat berkenaan pernah naik pada ketinggian 6,000 kaki dalam masa seminit sebelum hilang daripada radar. Juruterbang juga pernah mengemukakan permohonan supaya pesawat berkenaan dibenarkan naik ke ruang udara yang lebih tinggi bagi mengelakkan ribut. Namun, menara kawalan trafik udara tidak mengizinkan pesawat tersebut berbuat demikian memandangkan laluan penerbangan sibuk pada ketika itu.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Indonesia yang bertanggungjawab menganalisis data kotak hitam, pihaknya menolak kemungkinan nahas itu berlaku akibat serangan pengganas selepas membuat analisis pada peringkat awal pada rakaman suara kokpit. Sekarang, mereka sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada nahas itu disebabkan kerosakan pesawat atau kesilapan manusia.

Laporan analisis peringkat awal tentang kotak hitam akan dikeluarkan pada 28 Januari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China