Cari:
China Terus Hulur Bantuan kepada Malaysia
2015-01-22 11:22:05 CRI Cetak

China akan terus menghulurkan bantuan berupa barangan termasuk rumah pasang siap kepada Malaysia dan Sri Lanka yang dilanda banjir teruk, bagi membantu menempatkan mangsa banjir. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang, di Beijing semalam.

Malaysia mengalami bencana banjir yang paling buruk dalam tempoh 45 tahun lalu berikutan hujan lebat tidak berhenti sejak akhir tahun 2014. Bencana tersebut telah menjejaskan 8 negeri, antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu yang paling teruk dilanda banjir.

Banjir yang melanda Sri Lanka pula menyebabkan puluhan nyawa terkorban dan melibatkan banyak kerugian harta benda.

Pada 10 Januari lalu, kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan masing-masing berjumlah RMB 20 juta, iaitu kira-kira USD 3.22 juta kepada Malaysia dan Sri Lanka dalam usaha menangani bencana banjir.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China