Cari:
Punca Nahas QZ8501 Belum Disahkan
2015-01-22 15:28:18 CRI Cetak

Pegawai Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Indonesia yang bertanggungjawab atas isu penerbangan, Masruri semalam berkata sama ada nahas pesawat AsiaAsia QZ8501 ada kaitan dengan serangan pengganas atau tidak masih belum dapat disahkan setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan media yang menyatakan bahawa analisis peringkat awal rakaman audio kokpit pesawat berkenaan menunjukkan nahas tersebut bukan disebabkan serangan pengganas.

Pegawai itu berkata, menurut Undang-undang Penerbangan Indonesia, maklumat kotak hitam pesawat dan data analisis yang berkaitan adalah rahsia yang perlu disimpan sehingga keputusan siasatan rasmi dikeluarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China