Cari:
Xi Jinping Terima Surat Tauliah Duta Besar Malaysia Yang Baharu
2015-01-23 11:42:22 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping,menerima surat tauliah yang diserahkan oleh Duta Besar Malaysia ke China yang baharu, Dato' Zainuddin Yahya dan duta besar baharu dari 7 buah negara lain di Beijing semalam, termasuk duta besar dari Zimbabwe, Serbia, Bangladesh, Maldives, Costa Rica, Sudan Selatan dan New Zealand.

Presiden Xi menyatakan kesediaan pihak China untuk terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama saling menguntungkan dengan pelbagai negara, di samping melahirkan harapan agar duta besar baharu dari pelbagai negara dapat memberikan sumbangan kepada peningkatan hubungan dua hala.

Duta-duta besar baharu menyatakan bahawa pembangunan China membuka peluang kepada dunia. Kerjasama antara China dengan pelbagai negara tetap mempunyai ruang yang luas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China