Cari:
Singapura Kekal Bandar Paling Sesuai sebagai Tempat Kediaman
2015-01-23 11:43:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Syarikat ECA mengeluarkan Senarai 10 Bandar Paling Sesuai sebagai tempat kediaman di dunia semalam. Singapura menduduki tempat teratas dalam senarai bagi tempoh 16 tahun berturut-turut.

Senarai tersebut dikeluarkan selepas penyelidikan dibuat terhadap 450 buah bandar di seluruh dunia dari segi iklim, perkhidmatan perubatan, perumahan, kemudahaan infrastruktur, keselamatan, situasi politik dan kualiti udara.

Singapura menjuarai pemilihan tersebut berdasarkan kualiti udara yang baik, kemudahaan infrastruktur yang lengkap, kemudahan perubatan yang berprestasi tinggi dan kadar jenayah yang rendah.

Sembilan daripada 10 Bandar Paling Sesuai sebagai tempat kediaman ialah bandar di rantau Asia Pasifik, dengan kebanyakannya di Australia dan Jepun.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China