Cari:
Menteri Dalam Negeri: Tahanan IS Diasingkan di Penjara
2015-01-23 13:49:31 CRI Cetak

Malaysia akan mengasingkan tahanan anggota kumpulan "Negara Islam"(IS) dengan tahanan yang lain di penjara. Tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan anggota kumpulan IS daripada menyebarkan ajaran sesat dan memupuk anasir ganas kepada tahanan yang lain. Demikian dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bertemu dengan Penolong Setiausaha Negara AS atas Hal Ehwal Asia Timur, Daniel Russel semalam.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahanan yang disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan akan ditahan di kawasan khusus seperti penjara di negeri Perak dan Pahang bagi mencegah mereka daripada menyebarkan fahaman berbentuk keganasan kepada tahanan yang lain.

Tambah beliau, pihak polis telah menangkap kira-kira 120 orang suspek yang menyertai kumpulan IS atau yang terlibat dalam memberikan sumbangan kewangan kepada kumpulan pengganas itu. Kementerian Dalam Negeri akan mengundang tokoh Islam dan pakar antikeganasan untuk membimbing dan membetulkan pandangan suspek pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China