China bersedia untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memupuk antikeganasan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang media hari ini.
Ketika mengulas laporan media yang menyebut lebih 300 warga China menyertai kumpulan "Negara Islam"(IS) dengan membuat transit di Malaysia, jurucakap itu berkata, China mengekalkan pendirian yang jelas dalam menentang dan membanteras kegiatan pengganas dalam apa-apa juga bentuk. Pelbagai negara diharapkan dapat bekerjasama dalam membanteras kegiatan pengganas merentasi sempadan dan sama-sama memelihara kedamaian dan keselamatan dunia.