Cari:
Malaysia Ikrar Perkasa Pertahanan Sabah
2015-01-26 12:49:14 CRI Cetak

Malaysia akan memperkasakan pertahanan laut, darat dan udara serta kemampuan bertempur di Sabah bagi menghapuskan ancaman kumpulan pengganas dari selatan Filipina dan kumpulan militan Negara Islam (IS). Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media selepas melawat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau menyatakan bahawa selain memperhebat kelengkapan pangkalan tentera udara di Labuan, dua kapal perang di pangkalan TLDM di Kota Kinabalu akan diubah suai dan pangkalan di laut turut akan dibina. Manakala, tentera darat akan menempatkan batalion di Lahad Datu dan Tawau bagi meningkatkan kemampuan bertempur tentera darat dan laut di Sabah. Selain itu, pangkalan kapal selam TLDM di Kota Kinabalu perlu meningkatkan sistem peluru berpandu pertahanan udara bagi mengatasi sebarang cabaran yang mungkin berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China