Cari:
QZ8501: Operasi Apung Badan Pesawat Gagal
2015-01-26 12:50:38 CRI Cetak

Operasi yang dilancarkan oleh pasukan penyelamat Indonesia untuk mengapungkan badan pesawat AirAsia QZ8501 dari dasar laut pada 24 Januari lalu telah gagal. Dalam masa yang sama, terdapat objek yang dipercayai kokpit ditemukan.

Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, S.B. Supriyadi mendedahkan bahawa alat pengesan sonar telah mengesan objek yang dipercayai kokpit di lokasi sejauh 500 meter dari bangkai pesawat. Beliau menyatakan bahawa tugas utama pasukan penyelamat sekarang adalah untuk mengapungkan badan pesawat itu dari dasar laut dan objek baharu yang ditemukan akan dikenal pasti kemudian.

Tambah beliau, penyelam berjaya memasuki badan pesawat pada 23 Januari lalu. Namun wayar dan kerusi yang terapung menghalang anggota penyelam untuk memeriksa lebih lanjut rangka utama pesawat itu dan mencari mayat mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China