Cari:
AIIB Besar Maknanya bagi Asia Tenggara
2015-01-27 13:15:39 CRI Cetak

Inisiatif China tentang penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) mendapat respons yang positif dan sokongan yang meluas dengan melibatkan sebanyak 24 anggota pengasas. AIIB, selaku satu mekanisme inovatif, memperlihatkan keinginan, tekad dan usaha pelbagai pihak untuk bergembleng tenaga demi kerjasama dan pembangunan bersama. Mekanisme ini bukan sahaja bermanfaat bagi kemakmuran ekonomi Asia, malahan juga mendorong dan menyempurnakan pengelolaan kewangan sejagat. Ei Sun Oh, seorang penyelidik kanan dari Akademi Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) menyatakan bahawa penubuhan AIIB memang besar maknanya bagi Asia Tenggara.

Beliau berkata, penubuhan AIIB betul-betul satu rahmat bagi negara-negara membangun di Asia. Bank itu menfokuskan kepada projek-projek pembinaan kemudahan awam di kebanyakan kawasan di Asia, sekali gus membantu mewujudkan kedamaian serantau. India dan Pakistan bersetuju menjadi anggota pengasas, manakala Filipina dan Vitenam juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai penubuhan bank tersebut. Negara-negara berkenaan mengetepikan perselisihan dan menyumbang tenaga untuk mengembangkan kemudahan awam di rantau ini. Program pembangunan infrastruktur yang semakin dipergiatkan bakal meningkatkan tahap kesalinghubungan antara Asia Tenggara dengan China, malahan menggalakkan integrasi ekonomi serantau. Ini besar maknanya bagi Komuniti Ekonomi ASEAN yang bakal wujud tahun ini serta perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sedang dibincangkan pada masa ini.

Ei Sun Oh menjelaskan, AIIB bukan sahaja sebuah bank pembangunan yang tradisional, tetapi juga sebuah bank pelaburan yang bersifat inovatif dan fleksibel. Bank yang membenarkan dan menyokong mekanisme keuntungan pasaran itu tidak lagi bergantung kepada peruntukan pihak kerajaan. Beliau menganggap, China berperanan penting dalam usaha mengendalikan AIIB. Pertama, China, selaku penjamin AIIB, yang menyuntik sejumlah besar modal benih, menambah keyakinan negara anggota pengasas terhadap mekanisme tersebut. Kedua, hasil pembangunan China dalam tempoh selama 30 tahun lalu boleh dikongsi dan diperkenalkan kepada negara-negara anggota. Dan ketiga, visi AIIB padan dengan inisiatif pembinaan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China