Cari:
China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama Infrastruktur
2015-01-27 17:29:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Ekonomi Indonesia, Sofyan Djalil yang menghadiri mesyuarat pertama Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-Indonesia di Beijing hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Li memuji perkembangan hubungan China dengan Indonesia. Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan Indonesia dalam bidang pengeluaran serta membantu Indonesia membina kilang dan talian pengeluaran. Hal ini bukan sahaja membantu meningkatkan pembinaan infrastruktur, malah dapat mendorong pengindustrian Indonesia.

Sofyan menyatakan bahawa kerajaan penggal baharu Indonesia amat mementingkan hubungan dengan China dan mengalu-alukan syarikat China melabur dan menjalankan kerjasama infrastruktur di Indonesia. Teknologi dan kelengkapan China dipercayai mampu membantu Indonesia mewujudkan pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China