Cari:
China Bidas Laporan New York Times
2015-01-28 12:46:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China sentiasa membantah kegiatan pembalakan serta perlombongan secara haram, dan perdagangan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar. Laporan yang dibuat oleh media berkenaan adalah tidak benar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, berkata demikian dalam sidang medianya di Beijing semalam.

Pada 25 Januari lalu, akhbar New York Times AS menyiarkan bahawa China sedang merampas sumber-sumber dari Myanmar dan menyeru agar kegiatan sebegini dihentikan.

Dalam pada itu, Hua berkata, China komited untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara jiran, termasuk Myanmar untuk sama-sama membanteras kegiatan haram, sekali gus melindungi sumber semula jadi dan mempertahankan kestabilan di kawasan sempadan.

Beliau menambah, syarikat-syarikat dan individu China yang menjalankan kerjasama ekonomi dan perdagangan di negara asing sentiasa dituntut mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China