Cari:
QZ8501: Operasi SAR Dihentikan
2015-01-28 12:14:21 CRI Cetak

Pihak Ketenteraan Indonesia mengumumkan semalam bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang berlangsung selama 31 hari ditamatkan secara rasmi.

Panglima Komando Armada Republik Indonesia (RI) Kawasan Barat, Laksamana Muda Widodo dari atas kapal KRI Banda Aceh mengumumkan bahawa operasi berkenaan dihentikan selepas tiada lagi jenazah ditemukan. Panglima Komando Tentera Indonesia, Moeldoko, menuntut anggota tentera yang dikerah dalam misi tersebut kembali ke pangkalan masing-masing.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang berlepas dari Surabaya, Indonesia ke Singapura terhempas pada 28 Disember tahun lalu menyebabkan 162 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat itu maut ketika nahas tersebut berlaku. Setakat 27 Januari lalu, 70 jenazah telah ditemukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China