Cari:
Dua Warga Filipina Maut dalam Serangan Keganasan di Tripoli
2015-01-28 12:16:28 CRI Cetak

Sembilan orang terbunuh dalam serangan keganasan yang berlaku di Hotel Corinthia, hotel bertaraf lima bintang di Tripoli, Libya semalam. Antara identiti lima warga asing yang telah dikenal pasti terbunuh termasuklah dua orang warga Filipina, seorang warga A.S., seorang warga Perancis dan seorang warga Republik Korea. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Keselamatan Libya, Essam Al-Nass.

Pada pukul 10.00 pagi semalam, sebuah kereta muatan bom meletup di ruang letak kereta hotel itu menyebabkan tiga pengawal keselamatan yang sedang bertugas maut. Selepas itu, tiga pengganas berkenaan dengan bantuan rakan lain menyerbu hotel itu dan menembak mati lima warga asing tersebut.

Selepas kejadian itu berlaku, cawangan kumpulan pelampau "Negara Islam" di Libya mengumumkan bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China