Cari:
China dan Indonesia Kekal Kerjasama Perikanan
2015-01-28 12:31:03 CRI Cetak

China berhasrat untuk terus bekerjasama dengan Indonesia dan kedua-dua pihak sedang bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama sektor perikanan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang media semalam.

Sebelum ini, pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menyatakan kapal asing dilarang menangkap ikan secara besar-besaran di perairan Indonesia berdasarkan peraturan terkini. Negara-negara lain termasuk China mungkin akan menanggung kerugian disebabkan kegagalan perjanjian kerjasama dahulu.

Sebagai respons, Hua Chunying berkata, China berharap agar kerajaan Indonesia mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan pelaburan syarikat China di Indonesia dan kepentingan nelayan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China