Cari:
Impak Transformasi Ekonomi China Terhadap CAFTA
2015-01-29 13:55:46 CRI Cetak

Rundingan mengenai usaha menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dimulakan bulan September tahun lepas. Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Institut Pengurusan Panyapiwat Thailand Dr. Zhimin Tang, dan bekas Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Thailand, Pisanu Rienmahasarn masing-masing menulis artikel yang menghuraikan impak transformasi ekonomi China terhadap penaiktarafan CAFTA itu dari perspektif negara-negara ASEAN di Semenanjung Indo-China.

Artikel berkenaan menyebut, transformasi ekonomi China termasuk empat aspek, iaitu kadar pertumbuhan ekonomi menurun dengan stabil daripada lebih 10% kepada kira-kira 7%; struktur ekonomi diseimbangkan semula dan nisbah sektor perkhidmatan dalam struktur pengeluarannya dipertingkat; kapasiti pengeluaran yang berlebihan dihapuskan seiring dengan pengubahsuaian struktur ekonomi; dan peranan pasaran dalam pengelolaan ekonomi semakin penting berbanding penyertaan kerajaan.

Impak transformasi ekonomi China terhadap CAFTA boleh dilihat dari beberapa aspek. Pertama, seiring dengan pengubahsuaian struktur ekonomi China, lebih banyak kapasiti pengeluaran dalam sektor yang mudah terpengaruh oleh kos tenaga kerja beralih ke negara-negara ASEAN. Kedua, seiring dengan keperlahanan pertumbuhan ekonomi dan pengurangan penggunaan sumber tenaga, eksport sumber tenaga oleh ASEAN ke China semakin munasabah dari segi kuantiti dan harga. Ketiga, peluasan pasaran penggunaan swasta China memberi peluang perniagaan baharu kepada negara-negara ASEAN. Keempat, produk bermutu tinggi yang dihasilkan oleh syarikat China dan model perniagaan baharu mewujudkan corak persaingan yang baharu untuk ASEAN. Dan kelima, penaiktarafan CAFTA lebih bergantung kepada usaha syarikat serta pasaran.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dalam pertemuan dengan wakil usahawan China pada bulan Jun 2014 melontarkan pandangannya mengenai impak pelaburan syarikat China di negara-negara ASEAN kepada perkembangan sosioekonomi tempatan. Beliau melahirkan harapan supaya syarikat China dapat menghormati kepentingan negara tempat mereka melabur dan memperbaiki kesejahteraan rakyat tempatan. Syarikat China juga diharap menyumbang kepada peningkatan nilai tambah bahan mentah, perlindungan persekitaran dan meneroka potensi pembangunan negara-negara berkenaan. Pandangan PM Thai itu juga memperlihatkan suara kerajaan dan rakyat negara-negara ASEAN terhadap syarikat China di rantau itu, sekali gus patut dimasukkan ke dalam sistem CAFTA yang sudah dinaiktarafkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China