Cari:
Laporan Interim Siasatan MH370 pada 7 Mac
2015-01-29 12:17:26 CRI Cetak
Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengeluarkan laporan interim berhubung hasil siasatan Penerbangan MH370 pada 7 Mac depan, setahun selepas pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata demikian selepas melancarkan program Bengkel Keselamatan Penerbangan Rantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, butiran laporan itu akan diumumkan menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum dimuat naik ke laman web Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan dan pencarian pesawat MH370 yang hilang bersama-sama dengan 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memuktamadkan status pesawat itu selepas mengeluarkan laporan interim berkenaan, Abdul Aziz berkata perkara itu jika ada, akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, soal pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal juga akan ditentukan selepas status pesawat itu diumumkan. (sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China