Cari:
Situasi Menang-menang Keanggotaan HK dalam CAFTA
2015-01-29 12:20:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Keanggotaan Hong Kong dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bukan sahaja akan memangkinkan perdagangan dan pelaburan antara Hong Kong dengan ASEAN, malah mendatangkan lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat Hong Kong. Oleh itu, banyak ahli perniagaan Hong Kong yang menyokong dan menanti-nantikan rundingan berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengerusi Persekutuan Organisasi Komuniti Guangxi HK (HKGX), Lian Guangcheng, ketika diwawancara oleh pemberita semalam.

Beliau berkata, ahli perniagaan Hong Kong memberikan perhatian terhadap rundingan keanggotaan Hong Kong dalam CAFTA. Pada bulan November tahun lalu, Perdana Menteri China, Li Keqiang pernah menyatakan bahawa beliau menyokong Hong Kong dan ASEAN mempercepat rundingan tersebut. Berita ini amat menggalakkan.

Lian berpendapat, keanggotaan Hong Kong dalam CAFTA juga dapat mendorong pembangunan integrasi ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Tanah Besar, Hong Kong dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China